Latihan Professional Najib Asaddok

Najib Asaddok kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam Doctor of Business Administration (DBA) di Open University Malaysia (OUM). Ijazah ini merupakan ijazah doktor profesional yang direka khas untuk pengurus dan eksekutif yang ingin meningkatkan amalan profesional mereka serta memperdalam pengetahuan, kemahiran, dan kepimpinan dalam pentadbiran perniagaan melalui kajian dan penyelidikan yang intensif.

Beliau juga telah mendapatkan latihan-latihan untuk membantunya memperolehi maklumat dengan lebih luas bagi meningkatkan kerjaya, pengetahuan dan pengalaman professionalnya. Antara latihan-latihan yang dijalani beliau adalah;

  • Kursus di Kellog University, Illinois mengenai Strategi Pemasaran Digital: Data, Automasi, Kecerdasan Buatan, dan Analitik.
  • Program sijil dalam pemasaran digital di Kellogg School of Management, Northwestern University.
  • Traffic & Conversion Summit 2018 di San Diego, dan Content & Commercial Summit 2017 di Los Angeles, CA, yang merupakan sebuah konferensi yang membincangkan dan mempelajari aspek paling penting dalam pemasaran digital serta bagaimana merancang strategi pemasaran dalam talian untuk memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan.
  • Menghadiri RISE Conference di Hong Kong, China untuk berinteraksi dengan pakar-pakar industri, menjalin hubungan perniagaan, dan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang trend dan inovasi terkini dalam industri teknologi.
  • Program Titanium Premier yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd untuk meningkatkan dan memperluas perniagaan kepada tahap yang lebih tinggi melalui rangkaian pembimbingan, latihan, dan kelas-kelas yang diberikan.